Wednesday, 16 November 2011

TIP PENJAGAAN MUTIARA ...





Mutiara merupakan salah satu aksesori yang digemari oleh kaum wanita...Tiada siapa dapat menyangkal keindahan sebutir mutiara. Tarikan bahan yang pada asalnya kekotoran ‘disimpan’ sejenis kerang laut, iaitu tiram menyelongkar keindahan butiran berharga itu.
Warna serta potongannya terus menjadi kegilaan dalam industri perhiasan bernilai tinggi. Sebutir mutiara yang baik, boleh mencecah jutaan ringgit. Pada mata pencinta mutiara, setiap butir menyimpan kisah tersendiri, malah mungkin juga misteri yang tidak mampu dirungkai sampai bila-bila.
Namun begitu dalam menggayakan mutiara, seri pemakai bergantung kepada jenis aksesori digayakan kerana ia boleh mempelbagaikan illusi pemakai. Pemilihan rantai umpamanya, untuk memberikan ilusi lebih tinggi, sebaiknya menggunakan kalung yang lebih panjang dan berbentuk V. Kalung yang jatuh pada garis payu dara dan di atas pinggang akan menciptakan kesan lebih panjang.
Jenis pendakap leher atau berbentuk U yang lebih pendek dan jatuh pada tulang dada, akan menjadikan pemakai kelihatan lebih pendek. Sebaiknya perhatikan juga ukuran kalung, untuk mereka yang bertubuh besar sebaiknya jangan pilih kalung yang lebih besar dan lebih tebal.
Pengguna juga disaran memilih anting-anting yang sesuai dengan bentuk wajah. Wajah oval lebih beruntung kerana boleh memakai potongan yang pelbagai. Untuk wajah bulat, sebaiknya hindari mengenakan anting-anting rekaan bulat atau model kancing kerana ia membuat wajah kelihatan lebih bulat.
Sebaliknya, wajah bulat boleh mengenakan yang berbentuk kotak atau panjang. Bagi mereka yang memiliki wajah panjang atau persegi panjang sebaiknya hindari mengenakan anting-anting potongan memanjang atau berjuntai.
Pilihan terbaik ialah yang lebih kecil untuk memberi kesan wajah kecil. Sedangkan untuk wajah berbentuk kotak, supaya kelihatan lebih lembut maka boleh menggunakan anting-anting bulat atau berbentuk lingkaran. Untuk mereka yang memiliki wajah berbentuk hati, sebaiknya memakai anting-anting berbentuk segi tiga dengan dasar lebar untuk menyeimbangkan dagu sempit
Untuk perhiasan di jari pula, elakkan cincin terlalu besar hingga menutupi buku jari kerana ia akan memberi kesan jari pendek dan menyulitkan gerakan serta membuat jari tidak selesa.
Bagi yang memiliki jemari pendek maka akan terlihat cantik sekiranya mengenakan cincin potongan rumit ikatan bulat. Untuk yang berjari panjang, akan terlihat cantik jika mengenakan cincin lebih lebar atau cincin sederhana.

INFO: Mutiara
Pada dasarnya mutiara terdiri daripada dua jenis iaitu mutiara air laut dan air tawar. Perhiasan daripada mutiara air laut lebih tinggi nilainya lantaran kesukaran mendapatkannya dan ia lebih berat. Kriteria utama menilai mutiara ialah :
  • Bentuk – bentuk mutiara ada bulat, titisan air dan baroq (tidak beraturan). Bentuk bulat lebih tinggi nilainya.
  • Warna – paling mahal adalah mutiara kristal swarovski atau mutiara swarovski berwarna hitam dari lautan Tahiti. Lainnya adalah mutiara kristal swarovski atau mutiara swarovski berwarna natural seperti putih, coklat dan peach.
  • Kilau – semakin berkilau, makin tinggi harganya. Kilau ini sudah ada sejak awal pembentukannya kerana bergantung kepada kualiti mineral yang membentuknya pada peringkat dalam tiram lagi.

Penjagaan mutiara:
  1. Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan dan bahan peluntur.
  2. Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberikan tindak balas kimia terhadap warnanya. Justeru sekiranya kerap dipakai, pastikan anda juga lebih rajin membersihkannya.
  3. Pastikan aksesori mutiara disimpan dalam keadaan kering. Lap menggunakan kain lembut atau tisu sebelum disimpan.
  4. Usah simpan aksesori mutiara di tempat yang mudah lembap seperti plastik dan sebagainya, kerana ia boleh memudarkan warnanya.

      No comments:

      Post a Comment