Tuesday, 1 November 2011

RESEPI AYAM UNGKEP...MASAKAN JAWA YANG ENAK...



   BAHAN- BAHAN :
   1 ekor ayam muda / tua / kampung (Potong sederhana saiz)
   2 Batang Serai (Titik)
   Air asam jawa secukupnya
   camca besar gula 
   Garam secukup rasa
   Air secukupnya

   * Kentang / Terung (Ikut suka)

    BAHAN KISAR :
    10 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    3/4 inci kunyit hidup
    10 - 15 biji cili padi merah / 15 helai cili kering 
    (ikut suka...suka pedas tbh kuantiti)
    1 camca besar ketumbar (saya suka kisar kasar)
    *  serai ambil isi yang muda (ikut suka)
    * 1/2 camca teh jintan kasar / 1/2 camca teh jintan halus (ikut suka)
    * 1/2 inci lengkuas (ikut suka)
    * 3 biji buah keras (ikut suka)
    * 1 biji cili hijau (ikut suka)
   
        CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai, bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
  3. Kacau rata, masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.(Tutup sekejap) *masukkan kentang / terung-cepat empuk...so agak2 la ya..
  4. Tuang air secukupnya biar ayam tenggelam. Biar mendidih. Masukkan asam jawa, gula dan garam. 
  5. Masak dengan api sederhana hingga kering. 
  6. Sedia dihidangkan...selamat mencuba...

2 comments: