Tuesday, 1 November 2011

Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin Sepat Bersama Nenas....resepi keluarga saya..




Bahan-bahan:
3 ekor ikan masin sepat di potong 2  
1/4 biji nenas - dipotong nipis
1 batang serai (ambil isi yg muda)
6-8 biji cili padi (suka pedas kuantitinya boleh ditambah)
1 cawan santan
1 cawan air
1 inci kunyit hidup atau kunyit serbuk
* garam (ikut suka sebab ikan masin dah masin)
* 1 keping asam keping / air asam jawa (ikut suka sebab nenas dah masam)


cara-caranya :
  1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan serai hingga hancur.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar / ditumbuk tadi.
  3. Selepas itu masukkan santan dan air, guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas / asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa.
  4. Masak jangan terlalu lama, sedia dihidang, selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment