Wednesday 30 November 2011

AISKRIM MALAYSIA....COOL BEBEH...

Mengimbau zaman kanak-kanak, dulu time sek rendah berebut dan berlari kat kedai makcik depan sekolah...skrg ni ssh gak nak carik aiskrim Malaysia...

Jom kita imbau kelazatan aiskrim Malaysia....


Tuesday 29 November 2011

USS SINGAPORE .... TERBAIK....

Saya ingin berkongsi ngan kawan gambar-gambar yang saya ambil semasa kunjungan saya ke USS Sg..USS Sg memang best...saya pergi kesana dengan menaiki bas yang diuruskan oleh travel agency...costnyer hanya RM200. shj...saya bertolak seawal 7.00 pagi dari Tune Hotel Jb melalui kastam CIQ JB. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam...

Pertama kali saya menjejaki USS Sg saya amat teruja sekali...bagi yang suka pada aktiviti yang penuh advanture bolehlah naik roller coster...Wow memang tak terucap ngan kata-kata semasa saya menaiki nya....tapi saya bangga ngan diri saya coz berjaya mencabar diri sendiri...tapi bagi yang lemah semangat saya tak galakkan la......he!!!!

Jom lihat .... gambar2 yang telah saya ambil...

Thursday 24 November 2011

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. Semoga dimurahkan rezeki, harmoni dan diberkati Allah disepanjang tahun mendatang.

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota:
* Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009



Wednesday 23 November 2011

KOLEKSI PAYUNG YANG CANTIK...

Sekarang nie musim hujan...cuaca tak menentu..anda dinasihatkan membawa payung bila kemana-mana...kesihatan perlu dijaga...kata orang-orang tua...sediakan payung sebelum hujan...kalau dah hujan susah tau.....

Jom tgk koleksi payung yang cantik...setelah menggogles...inilah hasilnya...

OMBAK RINDU...1 Dec 2011

Jom tonton filem Ombak Rindu...filem yang menyayat hati....lakonan AAron Aziz...abg long kiter yang kacak..Bront Palare...aktor berstyle...Maya Karin..janda hot.dan Lisa Surihani..kekasih abg Yusry...

Intro pun dah buat kiter tak sabar ...jangan lupa saksikan di pawagam yang berdekatan umah anda... pergi jangan tak pergi...sokonglah filem kita...

YUNA TERKILAN......kemenangannya di tarik balik ..

 
Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

KOLEKSI MAHKOTA RATU ELIZABETH II....

Ratu Elizabeth II, dikatakan memiliki koleksi tiara paling banyak dan paling berharga di dunia, kebanyakan adalah warisan pusaka Kerajaan Inggeris. Ianya akan digunakan dalam majlis-majlis yang khusus.

Jom tengok ....

Tuesday 22 November 2011

EzLyNn....dah kawin...so nice n sweet...

Selepas berkenalan enam tahun lalu, akhirnya penyanyi Ezlynn atau Azline Ariffin,30, telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin,35, sekitar jam 6 petang pada 20 November 2011.
Dengan sekali lafaz, majlis akad nikah telah selamat disempurnakan oleh bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Detik 2 manis pasangan mempelai...Selamat Pengantin Baru...

Thursday 17 November 2011

INDAHNYA BANDAR SAHARA...

Cantiknya permandangan di bandar Sahara...
 

KOLEKSI HAND BAG TERBARU LOUIS VUITTON 2012....

LV...jenama yang menjadi kegilaan wanita masa kini.....

SEJARAH KENTUCKY FRIED CHICKEN...KFC

KOLEKSI BOTOL COKE YANG MENARIK....

Ramai dikalangan kita yang suka mengumpul koleksi botol minuman dari jenama Coca-Cola merupakan minuman yang terkenal sejak dari dulu lagi...

CENKODOK ...JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS.....YUM!!!..

Sekarang nie musim hujan...dok lak kat opis yang sejuk nie...teringat pula makanan kegemaranku...iaitu cengkodok...ada yang panggil jemput-jemput....yang penting keenakkannya....


GAMBAR YANG CANTIK DAN UNIK...

Jom cuci mata, kita lihat gambar-gambar yang cantik dan unik.....

Wednesday 16 November 2011

TIP PENJAGAAN BARANGAN KEMAS ...





Salam semua....Disini saya nak share beberapa tips utk penjagaan barang kemas..so selamat membaca...

TIP PENJAGAAN MUTIARA ...





Mutiara merupakan salah satu aksesori yang digemari oleh kaum wanita...Tiada siapa dapat menyangkal keindahan sebutir mutiara. Tarikan bahan yang pada asalnya kekotoran ‘disimpan’ sejenis kerang laut, iaitu tiram menyelongkar keindahan butiran berharga itu.