Setiap manusia yang Allah
cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang
sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa
musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai
ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya
tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana
keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian
itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus
asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak
duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu
sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah
kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah,
lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah
beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita
hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat
kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan
lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di
dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji
hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah
tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas
diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada
kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah
benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma
kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada
hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya
cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang
mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan
ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa
kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke
arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering
membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu
mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita
yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa
perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang
rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas
dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada
dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti
menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat
yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang
menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup
berseorangan.
Kita
perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka
bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang
selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah
yang terbaik!
No comments:
Post a Comment