Salam semua....Disini saya nak share beberapa tips utk penjagaan barang kemas..so selamat membaca...
Asingkan jenis barang kemas spt emas putih, emas kuning, berlian, mutiara dll..Sebagai cth sekiranya berlian diletakkan bersama emas lain dikhuatiri akan calar dan tidak berkilat..emas putih yang bercampur dengan emas lain menyebabkan emas putih tidak berkilat. So better beli beg khusus yg byk ruang utk asingkan barang2 kemas tersebut....
Simpan perhiasan dlm bekas berasingan @ di dlm bekas yg lembut utk mengelak barangan kemas bergesel antara satu sama lain, yg boleh mengakibatkan calar pd permukaan barang kemas.
Barang kemas dipakai selepas anda bersolek, memakai wangian dan penyembur rambut kerana bahan tersebut boleh bertindakbalas dgn aloi yg terdapat dlm emas
Jgn berenang bersama barang kemas anda kerana klorin yg terdapat dlm kolam renang serta garam yang terkandung dlm air laut boleh merosakkan cincin, gelang dan rantai anda
Bersihkan barang kemas anda dgn sekerap mungkin sama ada dgn menggunakan pencuci khusus (boleh didapati di kedai emas) atau dgn air sabun yg suam dan gosok dgn berus gigi lembut utk menanggalkan minyak dan lain2.
No comments:
Post a Comment