Air Terjun, Kota Tinggi terletak di negeri semenanjung selatan Johor, Malaysia. 16 kilometer dari (utara-barat) Kota Tinggi dan kira-kira 60km dari Bandar Johor Bahru. Ianya merupakan pusat peranginan yang popular di kalangan rakyat tempatan dan Singapura.
Walhal sudah sedia maklum, air terjun Kota Tinggi itu sendiri adalah tarikan utama di resort ini, terdapat juga 'Taman Tema Sunway Lagoon' bagi sesiapa saja yang ingin berseronok dan bergembira. Dimana di taman tema itu terdapat air terjun dan taman air yang lengkap dengan slaid air buatan.
Mengikut bancian yang di buat jumlah pengunjung yang datang hampir mencecah 300 orang pada setiap hujung minggu. Apabila musim cuti perayaan pula, jumlah pengunjung semakin meningkat. Ramai yang mengunjungi tempat ini sambil berlibur bersama keluarga masing-masing. Selain daripada aktiviti-aktiviti air, terdapat juga kemudahan lain yang dibina untuk memenuhi keperluan pengunjung antaranya terdapat gelanggang skuasy, kolam renang, dewan besar, kantin besar, baris gerai dan meja berkelah.
Bagi penginapan,pihak pengurusan "Kota Tinggi Waterfall Resort" menawarkan penginapan yang selesa kepada pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam di sini.
Ruang letak kereta yang memadai, blok penginapan yang bagus, air terjun semula jadi yang indah lengkap dengan slaid air, Kota Tinggi Waterfall resort kelihatan sangat terawat dengan baik. Sungai-sungai yang bersih tiada sampah sarap dan kelihatan anak-anak ikan dapat dilihat di dalam kolam amat teruja sekali bagi anda yang sukakan alam sekitar yang tenang dan damai. Saya akan mengatakan bahawa tempat ini memang cantik dikendali dan diuruskan dengan baik seakali walaupun lokasinya di tengah-tengah hutan Malaysia.
No comments:
Post a Comment