Tuesday, 6 December 2011

Najwa Mahiaddin Lali Kejayaan Dikaitkan Dengan Status Keluarga


Penyanyi berbakat besar, Najwa Mahiaddin menjelaskan tidak kisah jikakemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanyakerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menurut berita nasional laman hiburan.
Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang seringmengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagisejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.
"Saya sudah ditahap tidak lagi mempedulikan apa yang sesetengah orang inginkata mengenai saya kerana apa yang penting sokongan keluarga kepada sayatidak berbelah bahagi," ujarnya ketika ditemui pada sidang media selepasAIM2011 di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, Najwa berkata, dia mendapat ucapan tahniah daripada keduaibu bapanya pada kemenangannya dalam kategori Artis Baru Terbaik dan LaguInggeris Tempatan Terbaik.
"Ibu bapa saya gembira dengan kemenangan ini dan sempat mengucapkantahniah kepada saya," katanya.
Sementara itu, Najwa berkata, disebalik kata-kata kurang enak mengenaidirinya, dia mahu terus fokus dalam bidang pelajaran dan muzik yang amatdicintainya.
Jelasnya, dia mahu terus mencipta lagu dan lirik dan tidak akan membiarkananasir negatif menganggu tumpuannya terutamanya dalam pelajaran.
"Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di BerkleeAmerika Syarikat (AS)dan itu tumpuan saya kini selainterus menghasilkan muzik untuk peminat," katanya. College of Music Boston,

No comments:

Post a Comment