Baru-baru ni tersiar kisah penyebaran gambar Nur Amalina Che Bakri yang merupakan Pelajar Cemerlang 17A (Sijil Pelajaran Malaysia) SPM 2005,. Dimana beliau dikatakan tidak lagi menyambung pengajian perubatannya di "Universiti Edinburgh" dan menjalani gaya hidup bebas.
Hari ini, ibunya Puan Sabariah Hassan tampil memberikan kenyataan bahawa anak beliau masih meneruskan pengajian di universiti dan menyangkal semua dakwaan yang dilemparkan kepada anak beliau pada sidang media untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Antara penjelasan yang diberikan oleh ibunya adalah:
"Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu."
Menurut beliau lagi anaknya masih cemerlang dan kini sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah buku perubatan dan kini Nur Amalina sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di United Kingdom (UK). Beliau juga dijangka akan menamatkan pengajian pada Mei 2013 ini dan akan kembali ke tanah air.
Beliau berkata anaknya telah menghubunginya melalui “Skype” dan menurutnya Amalina sudah lali dengan tomahan begini kerana ianya bukan kali pertama perkara ini terjadi. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.
sumber: Berita Harian
Tentang Nur Amalina.....
Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.
Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.
Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.
Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada tahun akhir dan pengajian beliau juga telah dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.(SUMBER)

No comments:
Post a Comment